Apa itu Cybernetic Mechanism

“Cybernetic Mechanism” ni mula digunakan semasa perang dunia pertama. Ia digunakan pada peluru berpandu supaya bom tersebut sampai tepat kepada sasaran.

Semasa peluru berpandu dilancarkan ia akan melalui ruang udara yang mempunyai banyak halangan seperti angin. Angin ni akan menyebabkan peluru berpandu lari dari target sebab perlanggaran angin. Tugas cybernetic mechanism ni adalah untuk kembalikan balik peluru berpandu tu ke laluan yang betul untuk sampai ke target.

Sama seperti pilot kapal terbang. Selepas take off pilot serahkan pemanduan kepada komputer. Komputer ni akan pastikan laluan kapal terbang mengikut laluan. Sekiranya ada angin baru pilot akan ambil alih pemanduan. Pilot akan bawak balik kapal terbang ikut laluan.

Menariknya dalam tubuh kita juga ada benda ni. Nama dia “Psycho Cybernetic Mechanism”. Sama seperti dalam peluru berpandu tugas “psycho cybernetic mechanism” dalam badan manusia adalah untuk menyelaraskan tindakan kita mengikut mental self image yang kita pegang.

Sebagai contoh sekiranya kita pegang self image yang kita ni lemah, tak yakin, tak bermaya psycho cybernetic mechanism akan pegang yang kita adalah sebegitu. Apa2 aktiviti atau tindakan yang kita buat untuk mengubah image tersebut, psycho cybernetic mechanism akan bawak balik ke image asal.

Ini kerana badan kita telah disetkan sebegitu. Apa2 cubaan untuk berubah adalah perkara baru dan dianggap gangguan/halangan.

Sebab itu ramai orang nak kurus masuk program diet. Selepas kurus mereka keluar dari program tersebut. Tiba2 berat naik semula seperti sediakala. Ini kerana psycho cybernatic mechanism akan bawa semula kita ke keadaan asal.

Persoalannya. Adakah self image ni boleh diubah? Sebab selagi self image tak diubah kita tak kan dapat hasil yang kita nak.

Jawapannya adalah boleh. Self image boleh diubah. Ada cara dan teknik untuk mengubah self image tersebut.

Saya akan jelaskan teknik tersebut dalam post akan datang.

3 Formula mudah melawan “self limiting belief”(SLB).

Apa itu “self limiting belief”(SLB)

Dalam bahasa mudah ia dipanggil kepercayaan diri, prinsip diri atau pegangan hidup diri kita.

Kenapa “SLB” ni sangat penting?.

Kehidupan kita 90%-95% adalah dikawal oleh “sub concius mind” atau minda separa sedar(MSS). Minda sedar kita hanya menggunakan 5%-10% sahaja dalam kehidupan harian kita. Oleh itu sumbangan “sub concius mind” dalam kehidupan harian kita sangat penting dan kritikal.

“SLB” terletak di dalam minda separa sedar kita. SLB ni terbentuk sejak umur kita 4 tahun hingga 7 tahun secara direct. (Theta mode). Saya akan terangkan kemudian.

Selepas umur 7 tahun SLB diprogramkan ke dalam MSS melalui proses pengulangan(repetation). Ini bermaksud apa yang diprogramkan sepanjang hidup kita telah membentuk “SLB” atau kepercayaan diri yang telah membentuk siapa diri kita sekarang.

Isunya adalah terdapat orang yang memegang kepercayaan diri yang kurang tepat atau salah.

Sebagai contoh.

Seseorang yang melalui kehidupan yang susah sejak kecil akan memegang kepercayaan bahawa hidup adalah susah. Bagi orang sebegini kaya adalah mustahil bagi dirinya. Sebab?. Kerana MSS telah memegang pengalaman kehidupan dirinya sebagai kepercayaan.

Bagaimana untuk kita melawan “SLB” yang tidak betul ini?. 3 formula mudah yang boleh dipraktikkan untuk melawan kepercayaan yang salah ini.

1. Apa yang nak diubah.

Untuk mengubah kepercayaan kita tidak boleh membuat perubahan yang besar dengan drastik. Perubahan yang dilakukan dalam skala yang lebih kecil lebih mudah dilaksanakan.

Sebagai contoh.

Anda hendak ubah tabiat dari hanya menonton tv kepada membaca buku. Oleh itu anda dapatkan 1 perubahan yang anda nk lakukan. Dalam kes ini anda hendak membaca buku.

Kenapa? Sebab anda nak tambah ilmu untuk diri dan bisnes anda.

2. Setkan stimuli

Untuk melaksanakan habit baru(baca buku) ini anda tidak boleh buat ikut sesuka hati. Sebab selalunya akan gagal. Paling kuat pun mungkin 2 minggu je. Lepas tu kita kembali ke keadaan asal.

Anda perlukan satu stimuli. Apa itu stimuli?. Stimuli adalah penyebab yang membolehkan anda menjalankan perkara yang nak dilaksanakan.

Paling mudah anda boleh gunakan “Alarm” yang ada pada “hand phone”.

Contoh. Setkan setiap hari jam 10 malam untuk anda membaca buku. Jadi set alarm pada jam 10 malam.

3. Laksanakan ikut stimuli.

Setelah anda setkan stimuli tadi. Anda wajib ikut peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh. Apabila alarm berbunyi dan jam telah menunjukkan jam 10 malam anda harus terus ambil buku dan baca. Tinggalkan aktiviti yang anda sedang buat dan terus baca buku.

Ulang aktivi ini selama mana yang anda mahu. Selepas satu tempoh anda akan secara automatik membaca buku apabila jam menunjukkan jam 10 malam. Kenapa? Ini kerana proses pengulangan(repetation) yang anda buat telah masuk ke MSS. Dan ia telah menjadi habit anda yang baru.

Sekiranya anda ada habit baru yang hendak dibuat. Bole lakukan formula ini. Sekian. Selamat mencuba.

Coach amir

Ubah hidup 2020

NLP Practitioner

3 Langkah Ubah Hidup 2020

Tahun 2020 adalah tahun yang sangat penting disebabkan motto wawasan 2020 yang telah dicanang sejak dari sekolah rendah lagi. Masih ingat lagi lirik lagu wawasan 2020 yang selalu kita nyanyikan disekolah.

Itu kisah wawasan negara. Tercapai atau tidak kita sendiri boleh nilaikannya.

Bagaimana pula dengan wawasan diri kita sendiri. Adakah impian diri sendiri telah tercapai?. Adakah kita telah berpuas hati dengan pencapaian kita selama ini? Jika belum ini 3 langkah mudah yang boleh digunakan untuk ubah hidup 2020.

Saye mudahkan dengan langkah 3S.

1. Sedar(concius)

Kita sendiri perlu sedar dimana diri kita. Ramai orang tak sedar dengan keadaan diri mereka menyebabkan diri mereka rasa tiada apa2 masalah pada pencapaian diri. Bila kita tak sedar kekurangan diri kita memang tak kan berubah. Sebab dah rasa selesa.

Kesedaran perlu untuk kita lihat balik diri kita dimana yang kurang. Dimana yang perlu dibaiki. Dimana yang perlu dititik beratkan.

Kesedaran diri ini boleh juga dipanggil muhasabah diri. Kita check balik diri kita. Kelemahan, kelebihan diri yang ada.

2. Set target baru

Selepas kita mengenalpasti kelemahan, kekurangan melalui kesedaran diri boleh la kita set target baru. Ya, set target baru berdasarkan apa kita nak capai. Kenapa perlu ada target?

Tanpa target, destinasi kita tak akan ada pendorong untuk bergerak. Target bagaimana yang boleh kita nak capai?. Banyak teknik yang digunakan untuk membina target. Saye akan kongsikan dalam artikel akan datang.

Paling mudah, target ni adalah apa yang kita nak. Nak tu maksudnya jelas. Boleh digambarkan. Sebab minda kita beroperasi dengan imej. Jadi sekurang2nya anda ada gambaran target yang anda nak.

3. Start cipta keajaiban.

Yang ke 3 adalah start cipta keajaiban. Bunyinya macam tak logik kan?. Percayalah. Bila kita telah set target apa kita nak langkah seterusnya adalah start. Mulakan langkah pertama apa yang kita dah set dalam target.

Macam mana nak mula? Mulakan dengan apa yang kita ada dulu. Keajaiban akan muncul satu per satu dengan izin allah.

Dengan syarat kita yakin dan percaya kita mampu dan akan capai target tersebut. Mohon pada allah dan allah akan susun laluan untuk kita capai target tersebut.

Saye akan perincikan langkah ke 3 ini kemudian. Ada kaitan dengan pengaktifan RAS.

Jika anda masuk tahun 2020 tapi masih belum set target, anda bole mula fikir untuk buat 3 langkah diatas. Ya. 3S. Selamat mencuba.

Coach amir

Ubah hidup 2020

NLP Practitioner.

3 Tips Naikkan “Mental Self Image”

Self image tidak yakin diri menjadikan semua perkara mustahil

“Mental Self Image” adalah bagaimana diri kita mentafsirkan diri sendiri. Dengan kata mudah apa yang kita kata berkenaan diri kita itu lah diri kita. Contohnya bila kita berkata pada diri kita ” susah la”, “tak pandai la”, ” mustahil aku bole” dan macam- macam lagi kata- kata negatif. Maka secara automatik kita tak mampu melakukan perkara tersebut.

Persoalannya. Bagaimana untuk kita tingkatkan mental self image diri kita? Mental Self image apa yang kita perlukan untuk jadikan diri kita lebih baik.

Saye kongsikan 3 tips mudah untuk naikkan mental self image diri.

Formula 3J yang boleh kita amalkan.

1. Jaga Monolog diri.

Monolog diri adalah kita bercakap pada diri kita sendiri. Banyak keadaan kita bermonolog dengan diri sendiri. Ketika susah hati, ketika di uji, ketika dalam keadaan sukar.

Hati2 dengan monolog diri. Kebanyakan kita kalah dengan monolog diri sendiri. Monolog yang negatif menjadikan diri kita hilang energy, keyakinan dan kekuatan yang menghalang diri kita mencapai kejayaan.

2. Jaga circle

Apa itu circle? Circle disini adalah sahabat kita. Jaga sahabat kita. Denga. Siapa kita bersahabat. Walaupun kita sedang bersemangat setinggi gunung namun jika sahabat kita orang yang negatif. Silap2 semangat terus jadi serendah lantai.

Sebab tu kita kena pilih sahabat yang mampu beri semangat pada kita. Beri dorongan dan nasihat pada kita. Circle yang bagus penting untuk kita terus capai apa kita inginkan.

3. Jaga hubungan mentor.

Dalam apa jua keadaan biasanya kita ada guru. Kenapa?. Guru atau mentor adalah insan yang paling dekat dan tahu kelebihan dan kelemahan kita.

Terutama dalam bisnes. Hubungan dengan guru sangat perlu dijaga agar perjalanan bisnes menjadi mudah.

Banyak jenis guru yang kita bole ikut. Guru bisnes, guru minda, guru emosi, guru spiritual, guru kewangan dan banyak lagi.

Keberkatan doa guru adalah penting untuk kita maju kehadapan. Doa guru memang mujarab. Jangan kita abaikan kepentingan ini.

Semoga memberi manfaat. Sila kongsikan info ini sekiranya dapat membantu orang lain.

Coach amir

Ubah hidup 2020

NLP practitioner