Apa itu Cybernetic Mechanism

“Cybernetic Mechanism” ni mula digunakan semasa perang dunia pertama. Ia digunakan pada peluru berpandu supaya bom tersebut sampai tepat kepada sasaran.

Semasa peluru berpandu dilancarkan ia akan melalui ruang udara yang mempunyai banyak halangan seperti angin. Angin ni akan menyebabkan peluru berpandu lari dari target sebab perlanggaran angin. Tugas cybernetic mechanism ni adalah untuk kembalikan balik peluru berpandu tu ke laluan yang betul untuk sampai ke target.

Sama seperti pilot kapal terbang. Selepas take off pilot serahkan pemanduan kepada komputer. Komputer ni akan pastikan laluan kapal terbang mengikut laluan. Sekiranya ada angin baru pilot akan ambil alih pemanduan. Pilot akan bawak balik kapal terbang ikut laluan.

Menariknya dalam tubuh kita juga ada benda ni. Nama dia “Psycho Cybernetic Mechanism”. Sama seperti dalam peluru berpandu tugas “psycho cybernetic mechanism” dalam badan manusia adalah untuk menyelaraskan tindakan kita mengikut mental self image yang kita pegang.

Sebagai contoh sekiranya kita pegang self image yang kita ni lemah, tak yakin, tak bermaya psycho cybernetic mechanism akan pegang yang kita adalah sebegitu. Apa2 aktiviti atau tindakan yang kita buat untuk mengubah image tersebut, psycho cybernetic mechanism akan bawak balik ke image asal.

Ini kerana badan kita telah disetkan sebegitu. Apa2 cubaan untuk berubah adalah perkara baru dan dianggap gangguan/halangan.

Sebab itu ramai orang nak kurus masuk program diet. Selepas kurus mereka keluar dari program tersebut. Tiba2 berat naik semula seperti sediakala. Ini kerana psycho cybernatic mechanism akan bawa semula kita ke keadaan asal.

Persoalannya. Adakah self image ni boleh diubah? Sebab selagi self image tak diubah kita tak kan dapat hasil yang kita nak.

Jawapannya adalah boleh. Self image boleh diubah. Ada cara dan teknik untuk mengubah self image tersebut.

Saya akan jelaskan teknik tersebut dalam post akan datang.