3 Formula mudah melawan “self limiting belief”(SLB).

Apa itu “self limiting belief”(SLB)

Dalam bahasa mudah ia dipanggil kepercayaan diri, prinsip diri atau pegangan hidup diri kita.

Kenapa “SLB” ni sangat penting?.

Kehidupan kita 90%-95% adalah dikawal oleh “sub concius mind” atau minda separa sedar(MSS). Minda sedar kita hanya menggunakan 5%-10% sahaja dalam kehidupan harian kita. Oleh itu sumbangan “sub concius mind” dalam kehidupan harian kita sangat penting dan kritikal.

“SLB” terletak di dalam minda separa sedar kita. SLB ni terbentuk sejak umur kita 4 tahun hingga 7 tahun secara direct. (Theta mode). Saya akan terangkan kemudian.

Selepas umur 7 tahun SLB diprogramkan ke dalam MSS melalui proses pengulangan(repetation). Ini bermaksud apa yang diprogramkan sepanjang hidup kita telah membentuk “SLB” atau kepercayaan diri yang telah membentuk siapa diri kita sekarang.

Isunya adalah terdapat orang yang memegang kepercayaan diri yang kurang tepat atau salah.

Sebagai contoh.

Seseorang yang melalui kehidupan yang susah sejak kecil akan memegang kepercayaan bahawa hidup adalah susah. Bagi orang sebegini kaya adalah mustahil bagi dirinya. Sebab?. Kerana MSS telah memegang pengalaman kehidupan dirinya sebagai kepercayaan.

Bagaimana untuk kita melawan “SLB” yang tidak betul ini?. 3 formula mudah yang boleh dipraktikkan untuk melawan kepercayaan yang salah ini.

1. Apa yang nak diubah.

Untuk mengubah kepercayaan kita tidak boleh membuat perubahan yang besar dengan drastik. Perubahan yang dilakukan dalam skala yang lebih kecil lebih mudah dilaksanakan.

Sebagai contoh.

Anda hendak ubah tabiat dari hanya menonton tv kepada membaca buku. Oleh itu anda dapatkan 1 perubahan yang anda nk lakukan. Dalam kes ini anda hendak membaca buku.

Kenapa? Sebab anda nak tambah ilmu untuk diri dan bisnes anda.

2. Setkan stimuli

Untuk melaksanakan habit baru(baca buku) ini anda tidak boleh buat ikut sesuka hati. Sebab selalunya akan gagal. Paling kuat pun mungkin 2 minggu je. Lepas tu kita kembali ke keadaan asal.

Anda perlukan satu stimuli. Apa itu stimuli?. Stimuli adalah penyebab yang membolehkan anda menjalankan perkara yang nak dilaksanakan.

Paling mudah anda boleh gunakan “Alarm” yang ada pada “hand phone”.

Contoh. Setkan setiap hari jam 10 malam untuk anda membaca buku. Jadi set alarm pada jam 10 malam.

3. Laksanakan ikut stimuli.

Setelah anda setkan stimuli tadi. Anda wajib ikut peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh. Apabila alarm berbunyi dan jam telah menunjukkan jam 10 malam anda harus terus ambil buku dan baca. Tinggalkan aktiviti yang anda sedang buat dan terus baca buku.

Ulang aktivi ini selama mana yang anda mahu. Selepas satu tempoh anda akan secara automatik membaca buku apabila jam menunjukkan jam 10 malam. Kenapa? Ini kerana proses pengulangan(repetation) yang anda buat telah masuk ke MSS. Dan ia telah menjadi habit anda yang baru.

Sekiranya anda ada habit baru yang hendak dibuat. Bole lakukan formula ini. Sekian. Selamat mencuba.

Coach amir

Ubah hidup 2020

NLP Practitioner