3 Langkah Ubah Hidup 2020

Tahun 2020 adalah tahun yang sangat penting disebabkan motto wawasan 2020 yang telah dicanang sejak dari sekolah rendah lagi. Masih ingat lagi lirik lagu wawasan 2020 yang selalu kita nyanyikan disekolah.

Itu kisah wawasan negara. Tercapai atau tidak kita sendiri boleh nilaikannya.

Bagaimana pula dengan wawasan diri kita sendiri. Adakah impian diri sendiri telah tercapai?. Adakah kita telah berpuas hati dengan pencapaian kita selama ini? Jika belum ini 3 langkah mudah yang boleh digunakan untuk ubah hidup 2020.

Saye mudahkan dengan langkah 3S.

1. Sedar(concius)

Kita sendiri perlu sedar dimana diri kita. Ramai orang tak sedar dengan keadaan diri mereka menyebabkan diri mereka rasa tiada apa2 masalah pada pencapaian diri. Bila kita tak sedar kekurangan diri kita memang tak kan berubah. Sebab dah rasa selesa.

Kesedaran perlu untuk kita lihat balik diri kita dimana yang kurang. Dimana yang perlu dibaiki. Dimana yang perlu dititik beratkan.

Kesedaran diri ini boleh juga dipanggil muhasabah diri. Kita check balik diri kita. Kelemahan, kelebihan diri yang ada.

2. Set target baru

Selepas kita mengenalpasti kelemahan, kekurangan melalui kesedaran diri boleh la kita set target baru. Ya, set target baru berdasarkan apa kita nak capai. Kenapa perlu ada target?

Tanpa target, destinasi kita tak akan ada pendorong untuk bergerak. Target bagaimana yang boleh kita nak capai?. Banyak teknik yang digunakan untuk membina target. Saye akan kongsikan dalam artikel akan datang.

Paling mudah, target ni adalah apa yang kita nak. Nak tu maksudnya jelas. Boleh digambarkan. Sebab minda kita beroperasi dengan imej. Jadi sekurang2nya anda ada gambaran target yang anda nak.

3. Start cipta keajaiban.

Yang ke 3 adalah start cipta keajaiban. Bunyinya macam tak logik kan?. Percayalah. Bila kita telah set target apa kita nak langkah seterusnya adalah start. Mulakan langkah pertama apa yang kita dah set dalam target.

Macam mana nak mula? Mulakan dengan apa yang kita ada dulu. Keajaiban akan muncul satu per satu dengan izin allah.

Dengan syarat kita yakin dan percaya kita mampu dan akan capai target tersebut. Mohon pada allah dan allah akan susun laluan untuk kita capai target tersebut.

Saye akan perincikan langkah ke 3 ini kemudian. Ada kaitan dengan pengaktifan RAS.

Jika anda masuk tahun 2020 tapi masih belum set target, anda bole mula fikir untuk buat 3 langkah diatas. Ya. 3S. Selamat mencuba.

Coach amir

Ubah hidup 2020

NLP Practitioner.